Siapa yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak? Kini, anda boleh menguji kekuatan dan ketahanan fizikal anda di Skywarrior Rainforest Challenge di Skyrides Festivals Park, Putrajaya!
Cabaran ini bakal memberikan anda suatu pengalaman luar biasa yang cukup mendebarkan dengan pelbagai halangan dan rintangan yang perlu anda tempuhi bagi menyelesaikan cabaran tersebut. Caj yang dikenakaan hanyalah RM10 bagi sekali kemasukan dengan cubaan tanpa had sehingga anda berjaya mengatasi kesemua halangan.
Aktiviti mencabar yang tersedia buat anda adalah seperti di bawah:
Chelik Falls
Ulu Sepat Leap
Marudi Crossing
Kinabalu Ferrata
Langkawi Walk
Kinabatangan Swing
Cameron web
Danum Valley
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://skyridesfestivals.com.
Kredit foto: Facebook Skyrides Festivals Park, Putrajaya.