Galderma, syarikat dermatologi Swiss yang menjadi perintis kepada masalah dermatologi di negara ini melancarkan pelindung matahari Daylong™ terbaru bagi penjagaan kulit harian yang terbukti secara saintifik dan mematuhi kepakaran dermatologi.
Daylong™ adalah rangkaian produk berkualiti tinggi yang dipercayai untuk pelbagai jenis kulit serta sesuai bagi kegunaan seluruh keluarga. Rangkaian produknya termasuk Daylong™ SPF 30 Gelfluid (30ml), Daylong™ SPF 50+ Gel (50ml), Daylong™ SPF 30 Spray (150ml), Daylong™ Kids SPF 30 Cream (50ml), Daylong™ Kids SPF 50+ Lotion (150ml) & Daylong™ After Sun Repair (100ml). Rangkaian losyen pelindung matahari keluarannya diformulasikan secara inovatif yang memberikan perlindungan berkesan serta mengandungi bahan menyuburkan untuk penjagaan kulit berpanjangan.
Rangkain produk:
Daylong™ SPF 30 Gelfluid (30ml) – Daylong™ SPF 30 Ultra-light Gelfluid untuk wajah adalah bebas daripada minyak dan bahan pengemulsi. Penapis Photostable UV memberi perlindungan tinggi terhadap UVB, UVA dan IR. Gel cecair ini berformulasi ringan dan mudah disebarkan pada kulit dan tidak melekit. Ia cepat menyerap ke dalam kulit dan memberi kemasan matte, serta adalah sesuai untuk kegunaan harian dan sebagai asas mekap. Cecair gel ultra-ringan ini juga menyuburkan kulit dengan vitamin E. Berharga RM96.30.
Daylong™ SPF 50+ Gel (50ml) – Daylong™ SPF 50+ Face & Body Gel adalah bebas daripada minyak dan bahan pengemulsi. Penapis Photostable UV memberi perlindungan tinggi terhadap UVB, UVA dan IR. Ia sesuai untuk kulit yang teramat sensitif terhadap cahaya matahari dan kulit yang terdedah kepada UV yang tinggi. Gel ini mudah disebarkan pada kulit dan cepat menyerap ke dalam kulit. Berharga RM90.80.
Daylong™ SPF 30 Spray (150ml) – Daylong™ SPF 30 Face & Body Spray berformulasi liposomal menyebarkan penapis UV ke atas kulit dengan sekata untuk pelindungan UV yang tinggi. Penapis Photostable UV memberi perlindungan tinggi terhadap UVB, UVA dan IR, serta memberi kulit anda keselesaan yang amat tinggi. Semburan liposomal ini mudah digunakan, menyerap ke dalam kulit dengan cepat dan mengandungi aloe vera dan vitamin E untuk menyuburkan kulit. Ia dirumus untuk kulit biasa dan kering, dan untuk kulit sensitif. Harga RM93.10.
Daylong™ Kids SPF 30 Cream (50ml) – Daylong™ Kids SPF 30 Face & Body Cream adalah formulasi dengan penapis UV yang fisikal untuk perlindungan tinggi daripada UV. Ia dirumus untuk kulit kanak-kanak yang halus. Penapis UV Photostable memberi perlindungan berkesan daripada UVA dan UVB. Krim ini mudah disebarkan dan gliserin melembapkan kulit kanak-kanak. Berharga RM99.10.
Daylong™ Kids SPF 50+ Lotion (150ml) – Daylong™ Kids SPF 50+ Face & Body Lotion berformulasi liposomal menyebarkan penapis UV dengan rata ke atas kulit untuk perlindungan UV tinggi. Ia dirumus untuk kulit kanak-kanak yang halus. Penapis UV Photostable memberi perlindungan berkesan terhadap UVA dan UVB. Selain itu, pam dispenser mengeluarkan jumlah losyen yang konsisten untuk perlindungan yang mencukupi. Losyen liposomal ini mudah di aplikasi, menyerap ke dalm kulit dengan cepat dan mengandungi gliserin, aloe vera dan vitamin E yang memelihara kulit halus. Harga RM109.30.
Daylong™ After Sun Repair (100ml) – Daylong™ After Sun Repair Lotion untuk muka dan badan melegakan kulit selepas terdedah kepada matahari, dan kulit yang rosak akibat dedahan kepada cahaya matahari. Losyen yang menyejukkan dan menyuburkan kulit ini terdiri daripada formulasi liposomal yang menyokong mekanisme daripada badan sendiri untuk memperbaiki kulit yang rosak akibat pendedahan cahaya matahari. Losyen liposomal ini mengandungi Vitamin E, panthenol dan gliserin yang memberi kulit kelembapan yang kekal lama. Harga RM90.80.
Rangkaian produk lengkap Daylong™ kini boleh didapati di semua farmasi utama seperti Guardian.