Run For Your Lives Malaysia, halangan zombie akan diadakan di Pulau Pinang buat kali pertama di Taman Botani, Pulau Pinang pada 16 Mei 2015. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Tripda, platform berkongsi kereta dalam talian yang menghubungkan pemandu kereta dan penumpang menuju jalan sama.
Apa yang menarik di Run For Your Lives Malaysia ialah peserta boleh memilih sama ada berlari meneruskan hidup dan mengelak zombi ataupun menjadi zombi dan memburu pelari.
Pendaftaran untuk acara ini mempunyai kategori pendaftaran yang berbeza tarikh :
- Loyal Members (RM79) dari 6th March – 10th March
- Early Birds (RM89) dari 11th March – 15th March
- Normal registration (RM99) dari 16th March – 29th March
- Latecomers (RM109) dari 10th March – 26th April
- Last Chance (RM129) dari 27th April – 10th May
Peserta boleh layari http://runforyourlives.asia/my-penang untuk maklumat lanjut mengenai perlumbaan dan untuk mendaftar. Untuk menggalakkan berkongsi kereta di kalangan peserta, penganjur dan Tripda menawarkan beberapa faedah kepada yang berkongsi kereta. Antaranya ialah RM30 Starbucks atau RM50 Petronas Cash Card dan keutamaan ruang letak kereta yang terletak paling hampir dengan pintu masuk Taman Botani Pulau Pinang. Untuk menikmati faedah ini, peserta perlu mendaftar dalam talian sebelum acara di http://rfyl.partners-tripda.com.my/.