Penyanyi Shae yang suatu dahulu popular dengan lagu ‘Sayang’ kini kembali bersama sebuah kumpulan rap terbaru didikan Malique yang dinamakan ‘Nukilan’.
Nukilan terdiri daripada 3 orang ini dikumpulkan dibawah naungan Qarma Musiq yang juga merupakan syarikat rakaman milik Malique. Gandingan idea dan suara dari Agenda, Kelana (Afif) dan Kirana (Zizi) dalam kumpulan ini dilihat sesuatu yang baru dan kretiviti Malique terserlah melalui lirik rap dan lagu yang dipersembahkan melalui lagu ‘Rindu’ yang membawa kepada tertubuhnya kumpulan ini. Kumpulan ini juga memperjuangkan irama dan genre lagu yang jelas menggambarkan ‘Rap Nusantara’.
Kirana dan Kelana pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats dan dari situlah mereka mengenali satu sama lain. Sering bekerjasama dengan Malique dalam proses membuat demo, Kirana dan Kelana yang mempunyai suara yang unik dirasakan sesuai untuk menjadi sebahagian daripada Nukilan. Agenda merupakan tambahan kepada Nukilan apabila Malique merasakan lagu ‘Rindu’ memerlukan rap untuk melengkapkan lagu tersebut.
Bercakap soal ‘Rindu’, Kelana memberitahu sewaktu dia dan Kirana merakamkan demo untuk lagu tersebut, mereka pada masa yang sama mencari penyanyi yang sesuai untuk membawakannya.
Nak dengar lagu baharu mereka? Anda boleh ke :-