SK-II menampilkan rekaan Facial Treatment Essence edisi terhad hasil kolaborasi sulung bersama artis yang telah menempa nama, Po-Chih Huang. Dengan hampir 30,000,000 botol terjual, sari kecantikan yang dicari-cari ini telah menjadi produk no. 1 di Asia dan pastinya menjadi satu item yang perlu ada dalam senarai anda musim ini. Sama ada anda membeli untuk wanita istimewa dalam hidup anda, atau sekadar menurut kehendak hati, ‘Air Ajaib’ kini boleh didapati dalam rekaan ekslusif yang sangat menarik.
Satu kolaborasi yang lahir daripada dedikasi terhadap transformasi kecantikan, SK-II telah sekali lagi menghidupkan semula kerjasama dengan artis Po-Chih Huang untuk menghasilkan rekaan edisi terhad Facial Treatment Essence. Sebagai meraikan kuasa PiteraTM untuk #ChangeDestiny, Huang menggunakan teknik kreatifnya untuk mengabadikan semangat bunga ke dalam rekaannya untuk SK-II.
Dihiasi dengan rekaan ekslusif yang melambangkan aspek kecantikan – cinta, Facial Treatment Essence edisi terhad dengan rekaan ros merah jambu membaluti setiap botol ini adalah hadiah yang sempurna untuk setiap wanita dalam perjalanan mereka untuk #ChangeDestiny. Ia sesuai diberikan kepada ibu tersayang bersempena Hari Ibu yang bakal tiba tidak lama lagi.
Cinta: Ros Merah Jambu
Satu bunga yang sering dikaitkan dengan cinta, ros merah jambu telah dipilih Huang melambangkan kasih sayang dan kelembutan – sama seperti hubungan antara pemberi dan penerima hadiah ini. Dengan corak bunga yang menarik, ia adalah hadiah sempurna yang melambangkan penghargaan sepenuhnya terhadap wanita yang dikasihi.
Hadiah #ChangeDestiny
Komited untuk membantu wanita dan lelaki #ChangeDestiny, SK-II telah menemui bahawa adalah tidak mustahil untuk melawan risiko yang terkandung dalam DNA1 dan kekal kelihatan cerah berseri dalam usia 30, 40 dan 50an dengan penggunaan jangka panjang Facial Treatment Essence dalam kajian fasa kedua Skin Destiny.
Untuk menyokong penemuan ini, satu lagi kajian SK-II2 turut menemui bahawa dalam tempoh dua bulan penggunaan produk SK-II termasuk Facial Treatment Essence, tanda risiko DNA kulit anda semakin berkurang, merealisasikan impian kulit cerah berseri.
Musim ini, berilah hadiah #ChangDestiny dengan jaguh SK-II, Facial Treatment Essence. Mengandungi lebih 90% PIteraTM ia mampu mengubah kulit anda jauh melangkaui nasib kulit anda sebenar.
Harga & Pasaran
Hargai hadiah #ChangeDestiny hari ini dengan Facial Treatment Essence edisi terhad ini yang boleh didapati dalam masa terhad sahaja di kaunter SK-II di seluruh Malaysia bermula 1 Mei 2015.
SK-II Limited Edition Facial Treatment Essence, 215ml berharga RM579.