Sebuah video eksperimen sosial yang dihasilkan oleh Yousef Saleh Erakat telah menyamar sebagai seorang pengemis yang bertindak memberikan wang kepada orang yang membantunya.
Rakaman video 5 minit 18 saat menunjukkan hanya dua orang awam bertindak menerima wang dari Yousef selepas mereka sendiri memberikan wang kepada pelakon berkenaan. Di akhir video, seorang lelaki dilihat mencemuh dan menghina Yousef yang ingin membantu membayar duit parkir lelaki tersebut.
Tujuan eksperimen sosial berkenaan dikatakan untuk merasai perasaan dibantu oleh mereka yang selalunya dianggap sebagai kelas bawahan.
“Tidak kira betapa kaya anda dalam hidup ini jika kekayaan anda menyebabkan anda hidung tinggi. Akhirnya, orang yang paling miskin mampu menjadi yang paling kaya berdasarkan kebaikan hati mereka,” akhiri Yousef.
Tonton video dibawah ini dan lihat sikap sebilangan masyarakat yang bertindak mencemuh dan marah terhadap pengemis bila mereka diberikan wang…