Supermodel Brazil, Gisele Bündchen mengumumkan persaraannya dari dunia peragaan di Instagram. Supermodel 34 tahun ini berkongsi gambar dirinya ketika 14 tahun dengan caption cukup bermakna :-
“Today, after 20 years in the industry, it is a privilege to be doing my last fashion show by choice and yet still be working in other facets of the business.”
Bundchen yang mula menjadi model sejak dua dekad lalu dan tersenarai sebagai model yang menerima bayaran paling tinggi, merancang untuk kekal aktif dalam sesi fotografi dan kempen fesyen sahaja selepas ini. Isteri kepada pemain ragbi Amerika Syarikat, Tom Brady itu kini sedang sibuk mempromosikan produk pakaian dalam wanita miliknya iaitu Gisele Bundchen Intimates. Malah, difahamkan Bundchen berhasrat untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga terutamanya selepas memiliki dua cahaya mata.
Majalah Forbes pada Ogos lalu melaporkan sepanjang tahun 2013, Bundchen meraih pendapatan sebanyak AS$47 juta (RM173.92 juta), sekali gus menjadikannya model yang menerima bayaran paling lumayan selama lapan tahun berturut-turut.
10 Moment Supermodel Gisele Bündchen di Pentas Peragaan