Bibir adalah antara bahagian pada wajah yang mampu meningkatkan kecantikan seseorang. Bibir semulajadi, pink kemerahan dikatakan cantik pada mata semua yang memandang, namun tidak semua orang bernasib baik untuk memilikinya. Ada juga yang hilang keserian dan kecantikan semulajadi bibir disebabkan oleh plebagai faktor luaran.
Jangan risau! Hari ini kami kongsikan 5 remedi menggunakan bahan semulajadi yang boleh mengembalikan bibir cantik, pink kemerahan.
1. Gel Aloe Vera
Satu cara klasik bagi mendapatkan bibir merah jambu adalah dengan menggunakan gel aloe vera. Urut perlahan-lahan bibir anda dengan gel aloe vera kerana ini dapat menghalang pengeringan bibir, membuang kotoran dan mencerahkan bibir. Gel aloe vera yang kaya dengan antioksidan sangat berkesan dalam mencerahkan bibir yang gelap dan menjadikannya merah jambu secara semulajadi.
2. Timun
Jika anda mahu untuk mengekalkan kelembapan dan mencerahkan bibir, timun adalah yang terbaik. Urutkan bibir anda dengan kepingan timun selama dua minggu dan lihatlah hasil yang menakjubkan.
3. Minyak Zaitun dan Madu
Anda juga boleh membuat campuran minyak zaitun, madu dan jus lemon. Satu sumber yang kaya dengan vitamin E, minyak zaitun memberikan kesan bibir bercahaya dan lembut. Sapukan campuran ini sebelum tidur dan ulangi selama dua minggu.
4. Ubi Bit
Salah satu yang paling selamat dan paling berkesan untuk merawat bibir adalah dengan meletakkan jus ubi bit ataupun dikenali sebagai beetroot. Ubi bit mampu mengurangkan kegelapan bibir secara beransur-ansur. Sapukan jus ubi bit pada bibir anda dan ia akan berubah menjadi warna merah ceri!
5. Kelopak Mawar dan Mentega
Kisar mentega bersama kelopak mawar dan letakkan pada bibir. Warna merah jambu pada bunga mawar akan mengurangkan kegelapan bibir. Lakukan selama satu minggu dan lihat hasilnya yang positif.
Selain daripada apa yang tersenarai di atas, anda juga harus mengelakkan minum minuman seperti teh dan kopi bagi menjaga kecantikan bibir. Anda perlu menghentikan tabiat menjilat bibir kerana ia akan memberi kesan bibir yang gelap dan pecah-pecah. Juga elakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari.