Bila menyebut tentang musim panas, pasti semua akan terbayangkan pantai, bukan? Cuaca yang baik, desiran angin dan ombak, pasir bersih, air yang jernih, serta pelbagai gaya fesyen menarik pengunjung pantai pasti akan bermain di fikiran semua. Selain keindahan pantai dan pemandangannya yang kita bayangkan, trend pakaian ke pantai juga kerap menjadi tumpuan ramai. Satu fakta yang perlu anda tahu, bercuti ke pantai tidak semestinya harus berbikini. Anda boleh tampil bergaya ke pantai walaupun tanpa bikini!
Seperti contoh yang kami kongsikan ini, pengunjung kota pantai, Saint Tropez mengetepikan bikini untuk ke pantai. Mereka lebih selesa mengenakan dress pendek atau panjang dan ada juga yang memilih baju longgar yang menarik, dipadankan dengan aksesori lain seperti topi, kacamata hitam dan beg kecil.
Motif floral, stripes dan ombre juga cukup menarik dikenakan saat menikmati hangatnya matahari dan keindahan pantai. Kuncinya adalah mengenakan pakaian dengan bahan yang ringan dan longgar bagi memberikan keselesaan maksimum semasa bercuti ke pantai.
Bagi warna pula, pakaian berwarna krim, coklat ataupun warna mengikut tona kulit menjadi pilihan, namun begitu, anda tidak harus takut untuk mengenakan pakaian berwarna terang. Warna-warna seperti biru laut, kuning, hijau dan oren boleh dijadikan sebagai alternatif lain.
Sumber: fimela.com