Masjid Sancaklar di Buyuk Cekmece berdekatan Istanbul yang direka oleh firma Emre Arolat cukup unik dengan kawasan sekitarnya berbukit bukau. Yang istimewanya adalah masjid ini dibina di dalam bukit!
Ruang solat terletak di dalam bukit dan hanya beberapa struktur utama masjid dapat dilihat di atas permukaan tanah. Pada musim sejuk, kos untuk memanaskan ruang solat dapat dikurangkan kerana ia dipanaskan oleh haba terpendam dari dalam bumi.
Keseluruhan rekaan masjid ini mempunyai rekaan moden minimalis. Cukup indah ciptaan masjid ini, jom tengok!
Sumber: dezeen.com & Blog Serius