Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Jom Ketahui Taktik Si Lelaki Gatal!

by Ayu Nadirah
April 7, 2015
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wajah yang kacak dengan penampilan bergaya tidak cukup untuk anda menilai seorang lelaki itu tanpa mengenali latar belakangnya.

Anda yakin dengan kejujuran, keperibadian dan setiap tindak tanduk si lelaki yang anda kenali itu?

Jadi, hari ini kami ingin berkongsi ciri-ciri lelaki kasanova ataupun lelaki gatal supaya anda tidak terjerat dengan perangkap sang buaya darat! Awas, lelaki gatal bukan mahu menjalinkan hubungan cinta yang serius dengan wanita, tetapi mereka hanya inginkan keseronokan semata.

Jom, kami selongkar taktik si lelaki gatal!

Kacak & Bergaya
Kebanyakan lelaki gatal mempunyai rupa yang kacak dan sentiasa menjaga penampilan untuk memikat wanita. Jadi, jika anda terpikat dengan seorang lelaki kacak, selidik dan kenali dahulu mereka dengan lebih mendalam, sebelum anda meneruskan perhubungan dengan lebih serius.

Ramai Teman Wanita
Lelaki jenis ini tidak akan pernah setia pada satu wanita. Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka sukar untuk menunjukkan komitmen dalam sesuatu perhubungan.

Sukar Dihubungi
Lelaki gatal sukar dihubungi ketika keluar bersama wanita lain. Mereka akan ‘silent’ atau matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya yang lain.

Perahsia
Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia. Termasuklah hal-hal peribadi seperti keluarga, kerja, tempat tinggal, rakan dan sebagainya. Biasanya bila ditanya, mereka akan mengelak daripada memberikan jawapan sebenar.

Berani
Jika perkenalan anda dengan si dia masih di peringkat awal, tetapi si dia sudah bersikap “daring” seperti memegang tangan dan memeluk pinggang, awas! Lagi lama anda bersama si dia, lagi “daring” sikapnya nanti!

Gemar Perbualan Kotor
Mereka gemar berbual tentang seks walaupun di awal perkenalan. Jika si lelaki gatal suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah.

Minta yang Bukan-Bukan
Sang buaya darat biasanya gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan dan susuk tubuh anda untuk mendapatkan layanan tertentu yang tidak sepatutnya. Selepas mereka dapat apa yang dihajati, pastinya mereka akan menghilangkan diri!

Hakikatnya, tidak semua lelaki bersifat sedemikian, tetapi sebagai wanita, anda harus lebih berhati-hati dan menyelidik latar belakang si lelaki yang anda kenal terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, anda mengenali keperibadian si dia dan dapat mengelakkan diri daripada ditipu.

Sumber: Women Online Magazine

Tags: buaya daratcintacinta dan perhubunganlelaki gatallelaki kasanovaperhubungantaktik lelaki gatal
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Sofie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Sofie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.