Melaka bukan sahaja dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah yang menempatkan banyak lokasi pelancongan, malah ia turut menjadi lokasi makanan seperti asam pedas, coconut shake, cendol dan pelbagai lagi yang terbaik ada di sini. Ini Wanista senaraikan 5 tempat makan paling umphh boleh anda singgah bila ke Melaka. Jom Makan!
1. Asam Pedas Claypot
Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1 (Taman Kota Laksamana), 75000 Melaka. Sepertimana namanya, asam pedas claypot dihidangkan di dalam claypot, sesuatu yang jarang ditemui di restoran yang menyediakan hidangan asam pedas. Di sini, anda patut cuba asam pedas tetel – bahagian daging lembut bercampur urat dan lemak. Asam Pedas Claypot juga menyediakan set nasi bersama-sama sayur dan telur masin. Asam Pedas Claypot dibuka pada waktu petang iaitu jam 5 sehingga 5 pagi.
2. Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka
Kalau nak cari seafood terbaik di Melaka, sini memang selalu jadi tumpuan, bukan sahaja orang Melaka, warga kota dari Kuala Lumpur, Johor dan juga Singapura turut datang ke sini. Di sini harganya berpatutan, layanan servis juga baik, menu masakan pelbagai citarasa malah lokasinya yang strategik dengan pemandangan Selat Melaka dan hutan bakau di gigi air antara sebab Medan Selera Parameswara cukup terkenal. Medan Selera ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.
3. Asam Pedas Pak Man
Asam Pedas Pak Man yang terletak di Kampung Ujong Pasir lagi satu lokasi asam pedas pilihan di Melaka. Sini, asam pedasnya cukup marvellous, ada pelanggan tak mensia-siakan peluang berkunjung sekali-sekala dengan mencuba semua jenis ikan yang mereka sediakan. Untuk sebarang tempahan, bolehlah menghubungi pengurusnya iaitu Pak Man sendiri di 016-6700 889.
4. Klebang Original Coconut Shake, Melaka
Semua orang perkatakan kehebatan Klebang Original Coconut Shake. Bila sudah jalan jalan di Melaka, memang agak rugi juga jika tidak mencuba sendiri rasa coconut shake ini. Apa keistimewaan coconut shake ini sehingga ramai yang sanggup beratur untuk membeli? Rata-rata review mengatakan coconut shake di sini tidak kedekut kelapa, malah memang terasa isi kelapa. Selain menjual coconut shake, disini juga ada menjual pelbagai juadah makanan dan kuih muih. Waktu perniagaan adalah hari isnin – ahad dari pukul 11.00am – 6.30pm dan 2.30pm – 6.30pm (hari jumaat).
5. Cendol Jam Besar, Bandar Hilir
Cendol Jam Besar ini terletak di tengah-tengah Bandar Hillir dan di tebing Sungai Melaka. Mempunyai aneka pilihan seperti cendol dengan jagung, kacang merah, pulut, aiskrim dan pelbagai lagi pilihan untuk dipilih. Santan yang lemak berkrim, gula Melaka asli yang wangi, ditambah pula cendol yang lembut, jagung yang rangup memang mudah sekali menangkap selera anda tambahan bagi mereka yang kehausan. Cendolnya juga tidak terlalu manis. Antara cendol yang kerap menjadi pilihan adalah cendol durian.