Fesyen merupakan cara untuk mengekspresikan diri. Fesyen juga boleh dijadikan sebagai ‘cermin’ kepada jati diri seseorang. Selari dengan peredaran zaman, fesyen seluruh dunia turut berkembang. Kita dapat lihat pelbagai gaya fesyen yang muncul dan wanita juga semakin berani mengekspresikan gaya mereka.
Hijab juga kini tidak lagi dipandang sebagai old fashioned dan semakin hari semakin menunjukkan perkembangannya di dunia fesyen.
Semakin banyak pilihan gaya hijab yang boleh anda pilih sebagai penampilan harian. Seperti wanita-wanita Indonesia ini. Gaya mereka yang ringkas dan santai boleh anda jadikan sebagai inspirasi untuk tampil cantik bergaya setiap hari.
Wanita ini memilih gaya jalanan yang sopan dan manis dengan padanan blouse bersama seluar coklat. Beg tangan hitam dan kasut flat berwarna kelabu menjadi pelengkap penampilannya. Gaya pemakaian tudungnya juga cukup ringkas dan cantik, sesuai dengan pakaian yang dikenakannya.
Gaya santai wanita ini menampilkan seluar coklat kehijauan yang dipadankan dengan baju bercorak garis. Penampilannya makin chic dengan sentuhan blazer gelap. Beg tangan berwarna coklat dan kasut hitam yang flat melengkapkan lagi imej bergaya, tidak ketinggalan juga tali pinggangnya yang ringkas.
Wanita ini memilih mengenakan blouse batik dengan padanan seluar hitam. Cardigan dan kasut boot yang dipakainya memberikan imej vintage. Agar penampilannya terlihat santai, wanita ini memilih mengenakan beg silang bersaiz kecil.
Skirt satin berwarna maroon dengan padanan baju hitam sangat sesuai buat si hijabista. Wanita ini mengenakan kasut flat merah dan juga beg tangan hitam yang sepadan dengan pakaiannya. Agar penampilannya tidak terlalu ringkas, wanita ini mengenakan aksesori rantai pendek.
Sumber: vemale.com