Peralatan yang Diperlukan
- Periuk x 2
- Mangkuk adunan stainless steel x 3
- Pemukul stainless steel x 1
- Cawan penyukat x 1
- Sauce pot x 2
- Sudu besar x 2
- Penapis x 1
- Scoop aiskrim x 1
- Mixer x 1 (dengan alat pemukul rata)
- Pengisar
- Pinggan
- Sudu
- Mangkuk kecil atau bekas untuk bahan-bahan
Bahan-Bahan yang Diperlukan
- 1 ½ cawan krim
- 1 ½ cawan susu
- 1 sudu ekstrak vanila
- 5 telur kuning
- ½ cawan gula
- 2 sudu mentega
- 1nos kulit kayu manis
- 1 cawan kacang macadamia
- 3/4 cawan air
- 1/3 cawan ginseng dicincang
- Segenggam bunga ginseng
- Secubit serbuk buah pala
- Garam secukup rasa
- Beri dan bunga boleh dimakan
- Ais kering
Kaedah
- Letakkan 3/4 cawan air, ginseng dan renehkan selama kira-kira 15 minit. Tambahkan ¼ cawan gula dan teruskan mereneh sehingga campuran bertukar menjadi sirap. Tapis dan ketepikan untuk biarkannya sejuk.
- Dalam satu lagi sauce pot, campurkan susu, krim dan ekstrak vanila, dan renehkan.
- Dalam mangkuk adunan, pukul kuning telur dengan ¼ cawan gula sehingga sebati dan berkrim. Tambahkan ke dalam campuran susu dan krim, kacau perlahan-lahan. Jangan biarkan ia mendidih.
- Terus kacau dan renehkan sehingga campuran menjadi seperti kastard.
- Apabila sirap ginseng telah sejuk, masukkan ke dalam kastard.
- Kisarkan ais kering dengan menggunakan pengisar sehingga menjadi serbuk.
- Tuangkan kastard ke dalam mixer dengan lampiran pemukul rata. Hidupkan kelajuan rendah dan tambahkan serbuk ais kering sedikit demi sedikit.
- Aiskrim siap!
Macadamia Caramel
- Letakkan gula ke dalam kuali tidak melekat.
- Apabila gula mencair dan coklat, tambahkan 1/3 cawan air dengan kulit kayu manis.
- Biarkan ia larut dan pekat, kemudian masukkan kacang macadamia dan mentega.
- Letakkan garam secukup rasa.
- Hidangkan.
Satukan
- Letakkan aiskrim ke dalam mangkuk, letakkan macadamia caramel di atasnya, dan sedikit kacang macadamia.
- Letakkan sedikit buah beri.
- Hiaskan dengan bunga yang boleh dimakan.
- Siap untuk dimakan!
Selamat mencuba resepi Aiskrim Ginseng yang dikongsikan oleh Chef Selebriti, Sherson Lian ini!