Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Pharmaton® Dengan Ekstrak Ginseng Beri Tenaga Sepanjang Hari — Fafau & Sherson Lian

by Ayu Nadirah
March 26, 2015
5.9k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam dunia moden hari ini, kita menjalani gaya hidup yang padat dan amat sukar bagi kita memberi perhatian terhadap diet dan kesihatan diri. Adalah amat penting untuk tidak mengabaikan kesihatan diri kerana dalam tempoh yang panjang, kesihatan yang baik adalah kunci segala-galanya. Menjaga pemakanan sahaja tidak mencukupi dalam menyediakan nutrien menyeluruh kepada tubuh badan. Justeru multivitamin sangat berguna dalam membekalkan kebanyakan nutrien dalam bentuk suplemen mudah dimakan.

Pharmaton® pendahulu dalam pasaran multivitamin di Malaysia merupakan jenama yang menyediakan lebih daripada vitamin dan mineral biasa kepada anda. Pharmaton® memberikan tenaga untuk seseorang yang menjalani gaya hidup yang padat dan pantas bergerak untuk memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Ia memperbaiki fungsi-fungsi dalam tubuh badan dan membantu mengurangkan keletihan. Formulasi dari Switzerland Pharmaton® yang diperkaya dengan Ekstrak Ginseng G115® yang distandardkan serta kombinasi vitamin & mineral memberikan nutrien bagi membolehkan individu mendapat faedah ekstra selain faedah kesihatan optimum.

Pada acara baru-baru ini, para media diperkenalkan kepada dua Personaliti Pharmaton baharu, Fara Fauzana dan Cef Sherson Lian.

Pharmaton (8)

Pada sesi temu bual acara itu, Fara dan Sherson berkongsi tip-tip peribadi mereka berkaitan mengekalkan kecergasan dan tenaga meskipun dibebani pelbagai cabaran harian.

Fara Fauzana atau mesra disapa peminatnya sebagai Fafau mendedahkan bahawa harinya bermula pada awal pagi.

“Bangun tidur seawal pukul 4 pagi dan tiba di pejabat pada pukul 5 pagi setiap hari, rutin menjelang subuh ini memerlukan disiplin yang tinggi dan banyak tenaga tetapi disebabkan saya begitu menyenangi kerja saya, ia tidak pernah menjadi masalah untuk dilaksanakan setiap hari,” kongsi Fara pada sesi temu bual tersebut.

Dengan Pharmaton®, beliau sentiasa bersemangat dalam kerjanya dan dipersiapkan dengan tenaga yang mampu membuatkannya bertahan sehingga penghujung hari termasuk menjalani aktiviti sukan kegemarannya setiap malam bersama rakan-rakannya.

“Memandangkan rakan-rakan saya hanya boleh bersukan pada pukul 8 malam, selepas waktu bekerja mereka, saya perlu menyesuaikan diri dengan masa mereka kerana ia adalah aktiviti yang penting buat saya,” jelasnya yang baru ditugaskan sebagai pengacara rancangan hiburan popular TV3, Muzik-Muzik dan dalam masa yang sama terus berkhidmat sebagai penyampai radio serta berlakon dalam beberapa filem.

FARA FAUZANA

Sherson pula berpendapat, beliau perlu sentiasa peka dan cergas secara fizikal berikutan tuntutan suasana kerjanya.

IKLAN

“Memasak memerlukan perancangan dan ketepatan. Saya perlu fokus terhadap semua yang saya lakukan bermula daripada perancangan menu sehinggalah kepada memilih bahan-bahan terbaik dan paling segar. Sebagai cef, kami juga perlu mempunyai tenaga bagi berdepan pelbagai cabaran di dapur seperti haba, peralatan berat dan berdiri untuk tempoh yang panjang. Selain itu, selaku pengacara program-program masakan, saya amat mementingkan kepekaan, mampu menghafal skrip serta bertahan untuk tempoh penggambaran yang panjang,” ujar Sherson ketika ditanya tentang mengapa Pharmaton® begitu penting dalam kehidupan hariannya.

Pada tahun 2012, beliau membangunkan khidmat rundingan dipanggil Cookery Chemistry Solution yang menguruskan segala berkaitan makanan dari restoran, termasuk khidmat perunding makanan dan pertunjukan.

SHERSON LIAN

EKSTRAK GINSENG G115®: BEKALAN TENAGA UNTUK INTIPATI HIDUP

Kebaikan kapsul ginseng Panax

Ginseng telah diperakui sejak berabad lamanya terhadap kemujaraban khasiat dan kehebatan awet mudanya yang mampu menyediakan faedah-faedah kesihatan optimum. Berdasarkan farmakopeia awal dalam sejarah Cina, ginseng didefinisikan sebagai tuber tumbuhan dengan pelbagai tonik dan kandungan perubatan untuk kesihatan manusia. Justeru ginseng digelar sebagai herba “penyembuh menyeluruh”, dengan nama botaniknya “Panax” bermaksud “penyembuh menyeluruh” dalam bahasa Yunani.

Sejajar dengan rekod keberkesanan sejak lebih 50 tahun, Pharmaton® merupakan jenama multivitamin orang dewasa No.1 di Malaysia. Menggunakan formulasi dari Switzerland, suplemen semua dalam satu (all-in-one) berbentuk Kapsul/Kapletnya mengandungi vitamin, mineral yang diperlukan serta Ekstrak Ginseng G115® yang distandardkan.

Kualiti dan keselamatan Ekstrak Ginseng G115® yang distandardkan itu telah diuji dan dikaji secara intensif dengan lebih 100 penyelidikan. Menerusi penstandardan ketat, Pharmaton® memastikan setiap kapsul/kaplet mengandungi kuantiti bahan yang tepat dan seimbang. Dengan kombinasi unik Ekstrak Ginseng G115® dan multivitamin berkhasiat serta mineral, Pharmaton® diuji secara klinikal untuk memperbaiki tahap tenaga dan mengurangkan keletihan. Hanya sebiji setiap hari.

Kapsul Pharmaton® boleh didapati dalam botol kaca dengan amaun 30s dan 100s. Kaplet juga ditawarkan dalam pek jenis blister ringan dan mudah bawa sebanyak 10s, dipek di dalam kotak 30s dan 60s; kesemuanya boleh diperoleh di semua farmasi utama di seluruh negara.

Pharmaton Capsule 100s 2011 Flat w Bottle FA LR Pharmaton Capsule 100s 2011 3D FA LR Pharmaton Caplets 30s Box 2011 2D(B) with Tabs FA(s) LR

Tags: ekstrak ginsengfara fauzanakesihatanmultivitaminPharmaton®Sherson Liansupplementtenaga
Share2378SendShare

Artikel Berkaitan

Lipstick Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!
Kecantikan

Lipstick Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!

by Iza B
August 7, 2022
0

Lipstick sekurang-kurangnya pasti ada pada setiap wanita. Ia item penting yang mampu menyerlahkan seri si pemakai. Jika anda sukakan solekan...

Baca Lagi
Kaki Selesa & Bergaya Dengan Sandal Pilihan DIVA Untuk Musim Panas Ini
Fesyen

Kaki Selesa & Bergaya Dengan Sandal Pilihan DIVA Untuk Musim Panas Ini

by Iza B
August 7, 2022
0

Cuaca panas buat kita lebih selesa memakai outfit yang ringan dan serba ringkas. Malah, fesyen musim panas juga antara yang...

Baca Lagi
Digelar ‘Janda Menawan’, Apa Yang Baru Tentang Song Hye-kyo?
Selebriti

Digelar ‘Janda Menawan’, Apa Yang Baru Tentang Song Hye-kyo?

by Iza B
August 6, 2022
0

Terkejut DIVA bila mengira umur aktress terkemuka Korea Selatan ini yang kiranya sudah menginjak angka 41! Sejak khabar penceraiannya bersama...

Baca Lagi
7 Perfume Unisex Terbaik Untuk Kamu Dan Boyfriend Kongsi Bau Haruman
Kecantikan

7 Perfume Unisex Terbaik Untuk Kamu Dan Boyfriend Kongsi Bau Haruman

by Iza B
August 6, 2022
0

Tak kira lelaki atau wanita pasti punyai haruman kegemaran minyak wangi bukan? Tapi biasanya haruman minyak wangi tidak boleh dikongsi kerana...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.