Siapa yang tidak ingin memiliki bulu mata yang lentik dan juga cantik. Kebanyakan wanita akan cuba memakai bulu mata palsu, namun jika anda lebih sukakan sesuatu yang lebih semulajadi, anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan ini.
Barang yang perlu ada hanyalah hair dryer dan juga maskara.
Jika hair dryer anda memiliki fungsi cool blower, maka gunakan blower yang tidak panas. Pilih kekuatan blower yang paling cepat. Setelah itu, aplikasikan maskara secara merata pada bulu mata. Jangan tunggu sampai kering.
Segera setelah memakai maskara, hidupkan hair dryer dan blow bulu mata anda. Jangan lupa untuk memejamkan mata agar mata tidak merasa pedih. Saat melakukan proses ini, gunakan jari anda untuk melentikkan bulu mata. Jangan pula meletakkan hair dryer terlalu dekat dengan mata. Lakukan proses ini selama lebih kurang 5 saat.
Matikan hair dryer dan sekali lagi lentikkan bulu mata anda menggunakan jari. Cara ini lebih bagus daripada menggunakan pengepit bulu mata. Selain itu, hasilnya juga jauh lebih natural. Lihatlah hasilnya, cantik bukan?
Selamat mencuba!
Sumber: vemale.com