Impian nak jadi pelakon? Jangan lepaskan peluang ini kerana filem Captain America 3 : Civil War sedang cari pelakon tambahan. Penerbit dari Marvel Studios memaklumkan bahawa mereka memerlukan watak tambahan lelaki dan wanita berumur 21 hingga 75 tahun dan berasal dari Thailand, Indonesia, Cambodia, Malaysia, Filipina, Vietnam atau Singapura.
Menurut Movie Pilot, watak tambahan akan dibayar sebanyak AS$64 (RM236) termasuk kerja lebih masa. Pengambaraan dijadualkan bermula pada 27 April di Fayetteville, Georgia. Pihak yang berminat boleh memberi maklumbalas berserta malumat di bawah kepada sputnikextras@gmail.com:
- Gambar terbaru (muka)
- Gambar terbaru (penuh)
- Gambar bersama pakaian tradisional
- Nama penuh
- Alamat email
- Nombor telefon
- Umur
- Tinggi dan berat
- Saiz untuk pakaian berikut:
- Lelaki: Jaket, kolar, lengan, pinggang, inseam, kasut
- Wanita: Saiz baju, ukuran badan (dada, pinggang dan pinggul), seluar, kasut
- Bandar, Negeri dan Negara
Sinar Harian