Pertabalan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor buat kali kelima dalam sejarah Johor ditetapkan diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac, sekaligus telah diisytiharkan sebagai cuti umum di Johor. Bersempena dengan majlis pertabalan itu, satu siri program seperti konsert dan teater muzikal akan diadakan dari 23 Mac – 30 Mac di Johor.
Perayaan selama seminggu terdiri daripada perarakan dihiasi bot, persembahan kebudayaan, pertunjukan bunga api, karnival sukan, parti dan sebagainya. Tapi, apa yang menarik minat ialah konsert yang akan berlaku di Danga Bay pada 26 Mac sehingga 29 Mac ini bakal menggembirakan anda. Apa tidaknya, antara yang bakal membuat persembahan adalah mereka yang sangat hebat. Siapa?
Dengan kerjasama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), Pengerusi Pelancongan, Perdagangan dan Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Datuk Tee Siew Kiong berkata, Jabatan Pelancongan Johor akan menganjurkan 4 hari terbuka konsert di Danga Bay bermula 26 Mac. Tee berkata 50,000 orang dijangka menghadiri konsert yang akan menampilkan kedua-dua artis antarabangsa dan tempatan termasuk Taboo Black Eyed Peas, SISTAR, T-Ara, Fuying & Sam, Rossa, Sheila Majid, Jacklyn Victor, Shila Amzah, Penny Tai, Alley Cats dan banyak lagi.
Konsert akan diadakan selama 4 malam berturut-turut dari 26-29 Mac akan bermula seawal jam 8:30 malam. Konsert pembukaan akan diserikan dengan persembahan Kpop oleh SISTAR dan penyanyi seberang Rossa. T-Ara akan bersama-sama Shila Amzah dan Black Eyed Peas untuk penutup konsert pada 29 Mac.
Teruja bukan? Konsert akan diadakan dari 26 hingga 29 Mac di Danga Bay, Johor Bahru dari jam 8.30 malam dan paling best masuk adalah percuma….
Jadi, jom serbu JB kalau nak tengok artis kesayangan anda perform live depan anda….
Sumber : hype.my & says.com