Ubi kentang? Tentu anda biasa melihatnya di pasar-pasar atau pasaraya, bukan? Sudah pasti ia terkenal dengan keenakannya apabila dijadikan sebagai suatu hidangan, namun tahukan anda ubi kentang juga mepunyai manfaat kecantikan yang luar biasa?
Mari kita tengok:
1. Mengurangkan Lingakaran Hitam Bawah Mata
Jus kentang segar boleh digunakan di bawah mata dengan bantuan kapas. Biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum mencucinya dengan air sejuk. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk melihat hasil yang ketara.
Kentang mempunyai ciri pencerahan semula jadi, dan oleh itu, sangat berguna dalam memudarkan lingkaran hitam di bawah mata.
2. Mengurangkan Noda dan Cela
Oleh kerana ciri pemutihan dan pencerahan yang ada padanya, ubi kentang menjadi bahan kegemaran dalam penghasilan mask muka.
Letakkan kentang parut atau jus kentang secara terus pada muka untuk mengurangkan bintik hitam, mencegah kedutan dan mendapatkan wajah yang berseri.
3. Mencerahkan Hitam Pada Ketiak
Sekali lagi, sifat pencerahan kentang membantu untuk mengatasi masalah ketiak hitam. Anda boleh mencampurkan jus kentang bersama lemon dan madu dan sapukan pada ketiak anda. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama setengah jam, dan anda pasti dapat melihat perubahan positif pada warna kulit ketiak anda.
4. Mengurangkan Uban
Rebus kulit kentang di dalam air. Gunakan air rebusan tersebut untuk bilasan terakhir selepas mencuci rambut. Lakukan dengan kerap, dan anda akan melihat uban berkurangan, dan rambut anda lebih sihat, hitam dan berkilat.
5. Mencegah Penuaan
Campurkan jus kentang ke dalam yogurt untuk dijadikan sebagai mask muka yang sihat menghidrat kulit anda dan mencegah kedutan.
Anda juga boleh mencampurkan jus kentang bersama minyak zaitun dan urutkan dengan baik pada kulit anda untuk mengelakkan kedutan dan garis-garis halus.
Sesetengah orang juga akan mencampurkan jus kentang dengan mudpack dan sedikit jus lemon untuk memperbaiki kulit dan menjadikan kulit lebih cerah dan tegang.
6. Menyuburkan Rambut Kering
Jus kentang boleh dicampur bersama lidah buaya untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut kering. Jus kentang mentah kaya dengan protein, fosforus, vitamin A, B dan C, dan banyak mineral penting yang lain, semua itu bekerja bersama-sama untuk membuat rambut anda lebih sihat dan bermaya.
7. Merawat Sunburn
Jus kentang sejuk boleh digunakan pada kulit yang rosak akibat sunburn untuk menyejukkan dan merawat kulit secara beransur-ansur. Ia melegakan kulit dan mengurangkan kerengsaan, sekaligus membantu untuk menyembuhkan kulit dengan baik.