Sepang International Circuit (SIC) mengumumkan bahawa salah satu kumpulan pop paling hangat dari Korea Selatan, Girls Generation akan membuat persembahan di konsert selepas perlumbaan 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix pada 29 Mac 2015 ini.
Jadi, anda ingin saksikan Taeyeon, Tiffany, Yoona, Sooyoung, Sunny, Hyoyeon, Yuri dan Seohyun? Dapatkan tiket sekarang:
Harga tiket bermula dari RM80 – dengan tiket dari RM340 sehingga RM1,770 untuk tempat duduk di Main Grandstand, RM440 untuk Tower, RM280 sehingga RM660 untuk Grandstands F dan K1, dan RM80 hingga RM160 untuk tiket Hillstand.
Konsert yang akan diadakan di Helipad di Litar Sepang juga telah dibawa ke hadapan untuk slot masa awal. Gates kini akan dibuka pada jam 4.30 petang, konsert dijangka bermula pada pukul 5.30 petang dan berakhir pada 8.00 malam.
Tiket F1 boleh dibeli:-
- Dalam talian di laman web SIC
- Di gerai tiket Litar Antarabangsa Sepang di Aras Bawah NU Sentral
- Dari ejen tiket – hanya menyemak lokasi dari laman web SIC, http://www.sepangcircuit.com/Ticketing-@-Overview.aspx
- Dengan menghubungi SIC TIKET HOTLINE di 03-8778 2222