Fesyenista di Penang! Kini, Marks & Spencer menawarkan pilihan terbaik dari Britain ke Pulau Pinang dengan M&S ketujuh di Malaysia.
Sebagai salah satu peruncit utama di UK, M&S dikenali kerana produk berkualiti tinggi pada nilai hebat, serta kudapan dan manisan dan barang runcit yang bermutu dan lazat. Diasaskan pada tahun 1884, sekarang M&S mempunyai 815 buah outlet di UK dan lebih 470 buah outlet antarabangsa di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Asia. Di Malaysia, enam outletnya yang lain terletak di Suria KLCC, Bandar Utama, The Gardens Mall, Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Komtar JBCC.
Terletak di New Wing Extension di Tingkat Bawah Gurney Plaza, Pulau Pinang, M&S Malaysia yang ketujuh ini mempunyai keluasan kira-kira 15,000 kaki persegi dan adalah kedai pertama di negara ini yang mempunyai rupa dan persekitaran baharu untuk bahagian pakaian wanita.
Wajah dan reka bentuk baru bahagian pakaian wanita
M&S Gurney Plaza adalah outlet yang pertama di Malaysia untuk menampilkan wajah baru bahagian pakaian wanita. Perubahan tersebut termasuk:
- ‘Zon Aluan’ berimpak tinggi mengetengahkan trend terkini dan paling popular sebaik sahaja anda melangkah masuk ke M&S;
- Wajah baru untuk bahagian destinasi seperti Dress Shop dan Holiday Shop;
- Navigasi outlet yang diperbaharui dengan lebih paparan visual di hadapan setiap bahagian;
- Lebih cadangan pakaian dipaparkan di seluruh outlet untuk memberikan inspirasi kepada pelanggan-pelanggan.
Kualiti yang bagus, koleksi pakaian yang bergaya
M&S menawarkan kualiti luar biasa yang dipadankan dengan trend terkini. Di M&S yang baru ini pelanggan-pelanggan dapat memilih pakaian yang berkualiti dengan fesyen trend yang baru.
M&S mempunyai pelbagai jenama pakaian eksklusif tersendiri yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan, setiap jenama mempunyai wajah dan identiti yang berbeza, ini memberikan pelanggan untuk memilih pakaian yang sesuai dengan citarasa peribadi. Sebagai contoh, untuk wanita, M&S Collection dengan kualiti pereka fesyen pada harga yang berpatutan; manakala Indigo Collection terdiri daripada denim dan pakaian kasual. Bagi lelaki, M&S Collection memberikan perhatian kepada perinci dalam setiap pakaian, sementara Blue Harbour menawarkan gaya klasik utama British, termasuk baju polo ‘preppy‘ dan chinos.
Makanan yang berkualiti tinggi
Food Hall yang berluasan 811 kaki persegi manawarkan makanan M&S dengan kualiti tinggi dan segar. Lebih daripada 600 produk makanan boleh didapatkan termasuk kegemaran tea time British seperti shortbread, jem dan teh English Breakfast; produk manisan dan hadiah perayaan; pelbagai pilihan seperti biskut, ginger snaps, puff beri biru dan snek yang sedap.