Semalam, Lindsay Lohan telah mencetuskan kekecohan dan pertanyaan dalam kalangan pengguna media sosial, apabila beliau telah memuatnaik satu gambar potongan ayat Al-Quran dalam akaun Instagram miliknya.
Seakan pelik dan aneh, gambar tersebut sekaligus heboh diperkatakan netizen seluruh dunia.
Perkongsian ayat Al-Quran yang bermaksud “Ya Tuhanku, tingkatkan aku dengan ilmu pengetahuan” dan “Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu pengetahuan yang bermanfaat” dilapor telah dimuatnaik oleh Lindsay Lohan.
Lindsay yang cukup sinonim sebagai bintang penuh kontroversi seakan tidak boleh lari daripada menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan kepada peminat di luar sana. Rata-rata peminat aktres wanita itu dilihat cuba mempersoal status agama yang dianuti oleh beliau. Namun begitu, ada peminat yang mendakwa perkongsian ayat Al-Quran tersebut tidak boleh menggambarkan agama seseorang. – MYNEWSHUB