Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Amalan Bijak Dalam Menyediakan Makanan Untuk Anak-Anak ke Sekolah

by mamavogue
March 9, 2015
12
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, mereka akan menempuh pelbagai cabaran baru. Pastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat bagi membantu mereka menghadapi alam persekolahan yang lebih baik. Ini kerana kajian mendapati anak-anak yang mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang akan menjalani hari yang lebih baik di sekolah. Oleh itu, ibubapa haruslah memainkan peranan dan memberi lebih perhatian untuk memastikan tentang pemakanan seharian anak-anak.

Disini ada beberapa panduan yang boleh ibubapa ikuti :

makan tengahari

1) Cuba sediakan makanan di rumah sekerap yang boleh dan makan bersama-sama sekeluarga. Ini kerana hidangan yang disediakan di rumah dan perancangan menu yang bijak dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Ketika merancang menu untuk anak-anak, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi, kepelbagaian sumber makanan dalam makanan agar anak mendapat makanan yang berkhasiat dan seimbang. Tidak menghidangkan makanan yang sama berulang kali, menyediakan makanan yang menarik seperti masakan sayur yang terdiri daripada pelbagai warna sayuran, menyediakan makanan yang anak anda boleh makan seperti tidak terlalu masam, masin atau pedas.

2) Rancang hidangan harian yang terdiri daripada 3 hidangan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam dan 2 snek iaitu minum pagi dan minum petang untuk memastikan anak-anak mendapat nutrien yang mencukupi setiap hari. Ambil kira waktu anak anda pergi ke sekolah dan pulang dari sekolah ketika merancang waktu makan anak.

makan pagi2

3) Pastikan anak-anak mengambil sarapan pada setiap hari agar mereka bertenaga sebelum memulakan pembelajaran di sekolah. Sarapan amat penting untuk meningkatkan tumpuan mereka di dalam kelas. Pastikan mereka mengambil sarapan sama ada di rumah atau di sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan masa yang secukupnya untuk anak-anak menghabiskan hidangan dan tidak dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ketika pulang dari sekolah, hidangkan makanan selepas anak berehat sebentar kerana lazimnya anak berasa letih apabila pulang dari sekolah. Bekalkan anak-anak dengan makanan yang berkhasiat untuk mereka bawa ke sekolah. Bagi yang bersekolah pada sesi petang, pastikan mereka makan sebelum ke sekolah untuk mendapat tenaga harian yang secukupnya.

gambar makanan-menu 4 sehat 5 sempurna

4) Hidangkan makanan utama dan snek yang merangkumi 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan malaysia. Makanan-makanan dalam kumpulan ini boleh dimasukkan sama ada ke dalam hidangan utama atau snek atau kedua-duanya sekali. Sebagai contoh, buah yang boleh dimasukkan ke dalam makanan tengahari dan dijadikan snek semasa minum petang.

5) Sediakan hidangan utama yang mengandungi sumber bijirin, ikan, ayam, daging, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran contohnya nasi yang dihidangkan bersama ayam masak kicap, sup bayam dan tembikai.

6) Sediakan snek yang berkhasiat untuk anak-anak seperti sandwich, jagung atau kacang rebus, buah-buahan, susu dan dadih. Elakkan anak-anak mengambil snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi dan akan akan menyebabkan kerosakan gigi. Pengambilan yang tinggi kandungan garam seperti jeruk perlu dielakkan. Ajar anak kepentingan pengambilan snek yang berkhasiat serta awasi apa yang mereka makan di rumah dan di sekolah. Walaubagaimanapun, pastikan anak-anak tidak mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan utama.

label makanan

7) Didik anak anda dan pastikan mereka tahu khasiat makanan yang mereka makan, ajar mereka supaya sentiasa membaca label dan didik mereka tentang bahaya lemak tepu, garam serta gula yang berlebihan. Beri penerangan kepada mereka mengenai iklan makanan yang kurang berkhasiat di televisyen dan yang paling penting adalah memastikan ibubapa juga mengamalkan cara pemakanan yang sihat agar menjadi contoh terbaik buat anak-anak.

Sumber: MyHealth

Tags: amalan makanan sihatinfo kesihatankanak-kanak sekolahmakanan sihatpemakanan untuk anak-anaktips pemakanan
Share5SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

by Opie Azizlan
January 5, 2022
0

Team Wanista nak tanya, ibu-ibu yang mengandung pernah tak alami Pelvic Girdle Pain (PGP) iaitu rasa sakit pada bahagian ari-ari?...

Baca Lagi
Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.