Anda masih bujang? Mungkin ini penyelesaian buat anda yang merasakan diri ‘forever alone’. Pada 20 Januari 2015 yang lalu, teman lelaki halimunan telah dilepaskan oleh 2 orang pemuda hingga mengejutkan laman-laman web luar negara.
Ia bukan hantu, bukan manusia, dan juga bukan seekor haiwan. Kerana ia adalah sebuah aplikasi! Ya, sebuah aplikasi yang diberi nama Invisible Boyfriend.
Invisible Boyfriend dicipta oleh Matthew Homann dan Kyle Tabor ini telah menyatakan 3 kebaikan aplikasi ini untuk orang bujang di blog mereka iaitu:
- Untuk mencipta ilusi memiliki seseorang sebagai teman lelaki atau teman wanita
- Untuk memperdayakan keluarga dan kawan-kawan bahawa anda sudah berpunya
- Untuk melatih diri sebelum menghantar mesej kepada orang sebenar
Mereka berdua ini tidak mempunyai nasib yang baik dalam perhubungan. Mereka sering disoal mengenai pasangan mereka oleh keluarga dan rakan-rakan. Maka, dalam keadaan kekecewaan dan sedikit terdesak itu, telah mendorong mereka mencipta Invisible Boyfriend.
Apa yang perlu dibuat menggunakan aplikasi ini? Anda perlu memilih jantina, mencipta nama, umur, dan karakter seseorang dan memilih wajah di ruangan yang telah disediakan seperti di bawah ini:
Dan ini adalah kemungkinan teman lelaki halimunan pilihan anda:
Kemudian, anda boleh mula berkomunikasi dengannya selepas memberikan nombor telefon anda untuk dihubungi. Petikan-petikan di bawah ini dijumpai di internet oleh mereka yang telah menguji aplikasi ini:
Apabila diajukan soalan kepada Homann yang mencipta aplikasi ini mengenai siapa disebalik Invisible Boyfriend, jawabnya rahsia, tetapi beliau memberi petunjuk seperti ini:
“You can tell in many cases there’s a real person on the other end of the message.”
Jadi, apakah maksudnya itu?
Namun, aplikasi ini dibuka untuk penduduk negara USA dan Kanada sahaja buat masa ini. Anda semua diminta bersabar, mana tahu nanti aplikasi ini akan sampai ke Malaysia pula?!
Sumber: The Vocket, Mashable, Business Insider I, Business Insider II