Kelemumur adalah masalah yang sering dialami oleh kebanyakan lelaki. Kepingan-kepingan putih yang tampak ketara pada rambut dan pakaian haruslah di atasi dalam memastikan anda tampil yakin dengan gaya rambut yang tersendiri. Jadi, kebebasan untuk mengayakan stail rambut terkini mungkin tidak dapat direalisasikan kerana masalah kelemumur.
Memahami kepentingan untuk mengatasi masalah ini, ELITE memperkenalkan rangkaian gel rambut anti-kelemumur ELITE Combat Dandruff & Flakes. Perlancaran rangkaian produk terbaru ini memperkukuhkan kedudukan jenama ELITE sebagai pakar penggayaan rambut lelaki.
Rangkaian produk penggayaan rambut ELITE Combat Dandruff & Flakes membolehkan lelaki menggayakan rambut mengikut stail keinginan mereka serta yakin bebas dari masalah kelemumur. Produk ini juga diperkaya manfaat hebat yang mampu mengurangkan sebum kulit kepala serta perlindungan yang memastikan rambut lebih kuat serta kulit kepala yang lebih sihat.
ELITE Combat Dandruff & Flakes boleh di dapati sama ada di dalam gel atau gel air. Bagi mereka yang mahukan penampilan gaya rambut terikini yang rapi dan mampu bertahan lama! Gel Rambut ELITE Combat Dandruff & Flake adalah penyelesaiannya.
Bagi mereka yang mahu menyerlahkan penampilan dengan gaya rambut maskulin ELITE Combat Dandruff & Flakes Water Gel adalah pilihan terbaik. Produk ini memberikan anda efek kilat semula jadi serta gaya terpacak sepanjang hari.
Rangkaian ELITE Combat Dandruff & Flakes dijual pada harga RM5.50 dan boleh didapati di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook Elite Edgy EFX.