Walaupun wanita lain mengambil jalan keluar dengan melakukan pembedahan plastik untuk menghilangkan kedutan wajah, wanita ini tidak mempercayai semua itu. Percaya atau tidak jika penulis katakan wanita ini tidak senyum dan ketawa selama 40 tahun kerana mahu mengelakkan wajah berkedut. Biar Betul?
Menurut Tess Christian, 50, dia langsung tidak mempamerkan ekspresi wajah gembira walaupun bila bersama rakan-rakan. Dia hanya menggerakkan bibirnya sedikit sahaja bagi menghormati orang sekeliling. Pelik, tapi itulah amalan Tess bagi mengelakkan garis-garis kedutan pada wajahnya sejak 40 tahun lalu.
“Saya tidak mempunyai kedutan kerana saya telah melatih diri untuk mengawal otot muka saya. Ramai yang bertanya adakah saya menyuntik botox?
“Hakikatnya tidak dan saya berpuas hati kerana usaha untuk tidak senyum dan ketawa sejak remaja berbaloi,” katanya.
Menariknya, teknik Tess ini sebenarnya turut diamalkan oleh beberapa selebriti termasuklah Kim Kardashian yang mengaku tidak mahu tersenyum lebar atau ketawa bagi mengelakkan kedut.
Sumber – oddity central & mynewshub