Stephan Brusche, seorang artis imaginatif, yang berpangkalan di Rotterdam, Belanda, kerap mengubah pisang menjadi karya-karya seni yang cukup kreatif dan menakjubkan. Semuanya bermula ketika beliau berada di pejabat dan ingin meletakkan sesuatu di Instagram, sehinggalah beliau ternampak pisang dan terfikir untuk melukis sesuatu padanya. Bermula daripada itu, Stephan mencurahkan idea kreatifnya pada pisang, dan hasilnya, sangat luar biasa.
Jom tengok!