Perangi kulit kusam dan berminyak dengan topeng muka strawberi! Strawberi bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga untuk kulit anda. Ia kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang membantu mencerahkan kulit dan mempunyai manfaat anti-penuaan.
Buah yang lazat ini adalah baik untuk kulit berminyak dan berjerawat kerana ia membantu mengeluarkan sebum berlebihan. Ia mengandungi asid alpha-hydroxy yang membantu membuang sel-sel kulit mati dan merawat jerawat. Ia juga bertindak sebagai penyegar kulit yang hebat.
Jom ketahui langkah-langkah penyediaan mask strawberi:
Bahan yang Diperlukan
- Strawberi
- Plain yogurt
- Jus lemon
- Madu
Langkah Penyediaan Mask Strawberi
- Potong kecil 4-5 strawberi dan lenyekkannya di dalam mangkuk dengan menggunakan garpu.
- Ambil 1/4 strawberi yang telah dilenyekkan tadi ke dalam mangkuk yang lain.
- Tambahkan 1 sudu besar jus lemon.
- Kemudian, tambahkan 1 sudu besar plain yogurt dan 1 sudu besar madu, gaulkan hingga sekata.
- Siap!
*Jika anda rasa mask ini terlalu berair, anda boleh tambahkan 1-2 sudu besar oatmeal yang telah dikisar.
Cara Penggunaan
- Cuci muka anda sehingga bersih.
- Letakkan mask strawberi pada muka dan leher.
- Urut perlahan untuk menggalakkan pengelupasan.
- Biarkan selama 15-20 minit.
- Bilaskan dengan air.
- Lakukan satu atau dua kali dalam seminggu.
Sumber: Top 10 Home Remedies