Tidak peduli menjadi seorang kriptografer geek di filem “The Imitation Game”, atau berperanan sebagai detektif sociopath “Sherlock Holmes” dalam siri “Sherlock”, bahkan sebagai suara seekor serigala dalam filem animasi “Penguins of Madagascar” sekalipun, rasanya Benedict Cumberbatch memiliki magnet kuat untuk menarik perhatian semua perempuan seluruh dunia.
Apalagi, namanya boleh dikatakan sedang berada pada puncak kegemilangan, berkat peranannya dalam filem “The Imitation Game” dan kembalinya watak pintar dan seksi Sherlock Holmes dalam siri “Sherlock” yang memasuki musim terbaharu. Semua mata rasanya akan terpaku melihat lelaki berusia 38 tahun ini.
Sedikit membahas soal karakter seksi daripada watak Sherlock Holmes yang dimainkannya, banyak orang yang menganggap bahwa Cumberbatch pun memiliki sex appeal yang tidak kalah dengan Sang Detektif yang dibawanya. Menjadi detektif yang berkarakter charming, pintar, dan ‘dingin’ rasanya memang merupakan role yang tepat untuk diberikan ke Cumberbatch. Dari sinilah juga beliau dianggap seksi!
Tapi hakikatnya, Cumberbatch pernah memberitahu bahawa keseksian yang ada pada dirinya itu sebenarnya adalah berkat karakter Sherlock Holmes yang dibawanya, kerana 10 atau 15 tahun sebelum beliau membawa karakter detektif tersebut, dirinya tidak pernah masuk ke dalam kategori ‘attractive man’.
Kepintaran Cumberbatch dalam memainkan pelbagai watak mungkin memang sudah diasah sejak kecil. Kedua orang tua Cumberbatch yang juga merupakan pelakon (ayahnya adalah pelakon Timothy Carlton dan ibunya adalah pelakon Wanda Ventham), pernah melarang beliau daripada mengikuti jejak langkah mereka. Tetapi, kecintaannya pada bidang lakonan terlalu kuat, sehingga Benedict memutuskan untuk mendalami bidang drama di University of Manchester dan di London Academy of Music and Dramatic Art.
Bagi anda yang belum mengenali jejaka tampan ini, anda boleh mula menonton lakonan beliau dalam siri atau filem yang telah kami sebutkan di atas. Kami yakin, anda pasti akan ‘jatuh cinta’ pada karakter yang dibawa oleh beliau!
Sumber: Fimela.com