Sebelum ini, pelakon, Eira Syazira dan suaminya, Azad Jasmin membuat kenyataan di media mengenai perniagaan multi-level marketing (MLM) yang mereka ceburi di bawah syarikat Rania Marketing Sdn. Bhd. Khabarnya, perniagaan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu orang Melayu dan Azad sendiri berjaya membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi, Ducati hasil daripada pulangan pemasaran itu.
Sekarang, lain pula cerita yang keluar!
IKLAN
Eira dan Azad dikatakan bakal mengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan masalah yang berlaku dalam perniagaan itu gara-gara hampir 1,000 orang yang membuat pelaburan di bawah mereka dikatakan, tidak mendapat pulangan yang sepatutnya.
Justeru, sebagai individu yang bertanggungjawab memperkenalkan perniagaan itu, Eira dan Azad difahamkan mahu memperjuang hak mereka, biarpun pasangan tersebut sudah tidak lagi ada kena mengena dengan syarikat itu.
Untuk makluman, Rania Marketing adalah milik bekas ibu mertua Jimmy Shanley, Datin Muniroh. Jadi, kita tunggu sajalah apa yang bakal dijelaskan oleh mereka berdua bagi meleraikan kekusutan ini. – MYNEWSHUB