Anda sudah bosan dengan seluar jeans dan kasut tumit tinggi?
Jika ya, apakata kali ini anda cuba suatu kelaianan dengan menggayakan seluar kaki lebar bersama kasut flat yang selesa. Gaya santai ini sesuai dipakai ke mana sahaja; untuk ke pejabat, tugasan hujung minggu, percutian dan sebagainya.
Kami kongsikan 7 contoh padanan seluar kaki lebar bersama kasut flat yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan buat anda.
Seluar merah bersama kasut berwarna emas adalah satu padanan paling menyerlah untuk digayakan semasa perayaan atau majlis penting.
Seluar high-waisted ini adalah pilihan yang tepat untuk ke tempat kerja. Padankan seluar ini bersama kasut oxford flat yang bercorak menarik.
Seluar ini yang mempunyai material kain yang agak berat sesuai dipadankan dengan kasut yang ringkas, seperti kasut berwarna putih, tanpa corak atau warna yang menonjol.
Seluar yang dikategorikan sebagai sweat pant ini sangat selesa dipakai ke mana sahaja. Gayakan dengan kasut patent loafers.
Seluar yang diperbuat daripada bulu biri-biri ini mengembalikan memori zaman punk dan 90-an dahulu. Padankan seluar ini bersama kasut sneakers bagi memberikan gaya sporty.
Gabungan warna hitam dan putih sentiasa menjanjikan gaya yang klasik dan segar. Tonjolkan sedikit kelainan dengan padanan seluar putih bersama kasut hitam polkadot.
Sekiranya ingin ke tempat bercuaca panas atau pergi bercuti, padanan seluar seperti ini bersama kasut slide yang ringkas memudahkan penggayaan seseorang, namun masih tampil menawan.