Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Pakaian Dayang Jadi Sumber Inspirasi Video Parodi

by Ayu Nadirah
January 26, 2015
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

dayang-600x360

Sebuah video parodi yang meniru gaya pemakaian Dayang Nurfaizah ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) menarik perhatian pengguna laman sosial kerana dianggap lucu.

Selain daripada mempersembahkan vokal yang mantap, Dayang Nurfaizah juga menarik perhatian ramai yang rata-rata memperkatakan mengenai busana putih yang disarungkan penyanyi berkenaan ketika menyampaikan lagu Di Pintu Syurga. Ilham daripada pereka kesayangan Dayang Nurfaizah iaitu Rizalman Ibrahim yang ditempah penyanyi itu telah mengundang pelbagai reaksi sehinggalah ada yang membuat parodi kerana ‘teruja’ dengan rekaan yang cantik itu.

Video klip yang dimuat naik di laman Instagram milik @gie_ismail itu memaparkan pemilik akaun berkenaan memakai pakaian bewarna putih sambil menyanyikan lagu Di Pintu Syurga.

Video itu seterusnya dimuat naik semula oleh pereka fesyen busana putih yang dipakai Dayang Nurfaizah, Rizalman dengan caption yang positif.

“Saya, Dayang, Tam Spider dan Rudy Imran merasa sungguh berbangga menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia #glovedengankepaktepitu”, ulas Rizalman kepada parodi itu.

Pereka itu juga dalam entri yang berlainan di Instagramnya melahirkan rasa teruja untuk menghasilkan koleksi yang lebih bagus dan mantap berserta ucapan terima kasih buat semua yang menyukai dan mengagumi rekaannya itu. – The Rakyat Post

Tags: AJL29dayang nurfaizahpakaian Dayang jadi sumber inspirasi video parodivideo parodivideo parodi di pintu syurga
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

by Opie Azizlan
January 6, 2022
0

Sumpah terkejut! Ingatkan masih bersama dan setia atas dasar cinta, rupanya wang. Rakan baik merangkap bekas pembantu, Mokkay mendedahkan Jad...

Baca Lagi
Foto - Netflix
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Betul ke siri The Silent Sea tak best? Kalau lihat pada review, kebanyakan lebih negatif daripada positif, dah kenapa?" Berbekalkan...

Baca Lagi
Foto - Okezone
Hiburan

‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior

by IamLisa
January 3, 2022
0

Wanita lain mengidam makanan, tapi isteri kepada penghibur Raffi Ahmad lain macam mengidamnya. Bayangkan dia teringin naik motor Vespa. Dipetik...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Pernah terlintas tak peminat akan saman idola kegemaran mereka? Macam kelakar dan tak masuk akal, tetapi perkara itu ada berlaku...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.