Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

5 Tempat Makan Sekitar KL Dengan Set Makan Tengahari Bawah RM15

by Ayu Nadirah
January 22, 2015
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Anda pening tidak tahu untuk makan tengahari di mana? Mari, kami tunjukkan kepada anda 5 tempat makan menarik yang menyediakan set makanan tengahari  berharga bawah RM15.

1) Kedai Sebelah, RM8.50

02-kedai-sebelah

Pada RM8.50, tempat ini bukan tempat makan tengahari yang biasa. Dengan rekaan cafe yang funky, mereka menawarkan set makan tengahari yang merangkumi satu menu utama (menu tempatan seperti nasi, rendang dan lontong), air sirap dan pencuci mulut.

Menu makanan mereka berubah setiap hari, jadi anda akan makan makanan berbeza setiap kali singgah ke sini.

Set di atas merangkumi nasi hujan panas, ayam masak kurma, acar rampai, kek lobak dan sirap pandan berais dengan harga hanya RM8.50!

Alamat: D-G-02, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
Instagram: Kedai Sebelah

2) Fat Spoon Cafe, dari RM12

03-fatspooncafe

Fat Spoon Cafe kaya dengan menu moden fusion, nyonya dan menu tradisi tempatan. Terdapat pelbagai pilihan set makanan tengahari di sini, iaitu dari nasi goreng sambal dengan ayam kari sehinggalah pasta capellini. Anda boleh memilih sama ada mahukan air selasih pandan berais atau coke, dan pencuci mulut aiskrim vanilla ataupun puding sagu.

Makanan di atas diberi nama Sup Nasi ABC dan Nasi Goreng Ulam.

Alamat: 73, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, Petaling Jaya.
Facebook: Fat Spoon Cafe

3) Tappers, dari RM10.90

03-tappers

Tappers sudah berada di pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu. Mereka mempunyai 16 set makanan tengahari. Set ini didatangkan dengan makanan utama dan minuman seperti limau madu, teh limau, jus limau atau goo leng ping.

Set yang paling murah adalah nasi gulai ayam dan nasi ayam merah. Makanan ini hanya ditawarkan dari 11 pagi sehingga 2.30 petang.

Lokasi: Jaya One, Cap Square, Bangsar South, Setiawalk, Setia Alam, Setapak and Cyberjaya
Laman Web: Tappers

4) The Gravy Factory, dari RM13.90

04-gravy-factory

Sekiranya anda menggemari Hainanese Chicken Chop, inilah tempatnya kerana mereka adalah pakar dalam makanan Hainanese Western. Pada harga bermula RM13.90, setiap set makan tengahari dihidangkan dengan teh ‘o’ ais limau dan pencuci mulut!

Lokasi: Empire Damansara
Facebook: The Gravy Factory

5) CoffeeSociete, RM10

04-coffee-societe

Sekiranya anda adalah peminat kopi tegar, dan tidak dapat makan tengahari tanpa kopi, anda patut mencuba set tengahari ini. Pada harga RM10, anda akan mendapat satu set utama dan secawan kopi pilihan anda. Tidak kira sama ada cappucino ais atau espresso, anda bebas memilihnya.

Alamat: Publika, Block D4, Level G3, Unit 3A, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
Facebook: CoffeeSociete

Sumber: Female Magazine & The Vocket

Tags: makanan murahrestoranset tengaharitempat makan KL
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.