Bahan-Bahan untuk Muffin (untuk 25 biji muffin)
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil baking soda*
Secubit garam*
Bahan bertanda * diayak bersama
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan epal yang dipotong dadu kecil (dalam 2 biji)
Bahan-Bahan untuk Crumble
1/3 cawan gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega
Langkah-Langkah
- Panaskan oven pada suhu 200℃.
- Sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya.
- Satukan kesemua bahan untuk “crumble”, gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi tekstur seakan-akan serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
- Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam yang telah diayak. Ketepikan.
- Dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata menggunakan spatula.
- Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja.
- Sudukan ke dalam bekas-bekas muffin yang telah disediakan tadi sebanyak 3/4 penuh.
- Tabur crumble tadi diatas setiap muffin, tekan-tekan sedikit.
- Bakar selama 25 minit atau hingga masak.
- Sejukkan atas jaringan sepenuhnya dan sedia untuk dimakan!
Sumber: Facebook Resepi Kek & Puding