Semua sedia maklum Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah membuka sebuah butik yang dikenali sebagai Padusi Couture. Rekaan yang ditampilkan di butik ternyata cantik dengan pemilihan warna ceria, cetakan unik dan penuh elegan, malah sungguh memikat hati. Menurut Che Ta, tudung Padusi direka khas untuk wanita yang sering bertanya koleksi padanan yang sering ditampilkan.
“Setiap kali melaram dengan koleksi tudung atau baju baru kami sering ditanya siapa pereka baju dan dari mana boleh mendapatkan tudung serupa. Jadi dengan niat asal hanya ingin berkongsi hasil kreatif, kami tiga beradik lama-kelamaan merasakan mengapa tidak melancarkan tudung yang bukan saja eksklusif, tetapi unik, elegan dan glamor untuk peminat,” katanya.
Berkongsi perniagaan dengan adiknya yang juga pelakon Ayu Raudhah dan Rubytah, mereka sepakat menonjolkan nama Padusi untuk memperkenalkan produk yang diambil daripada perkataan Minangkabau, Indonesia bermaksud perempuan, wanita atau isteri berperwatakan lemah lembut dan ayu.
Butik Padusi yang terletak di USJ 10, Subang Jaya, Selangor menawarkan kepelbagaian selendang yang kebanyakan dihasilkan daripada sutera satin, sutera krep dan syifon. Jika ada yang berminat, boleh layari instagram Padusi Couture ataupun Facebook Padusi Couture untuk melihat rekaan tersebut. Di sana terdapat pelbagai tudung dengan rekaan yang sungguh stailista dan elegan malah harga juga berbaloi.