Rasanya isu kpop ini tiada kesudahan. Apa tidaknya, ramai yang memandang sinis menggeleng kepala, ada yang menyalahkan artis Kpop itu sendiri, semua menyalahkan ketaksuban gadis-gadis remaja terhadap idola dan juga segelintir memandang isu ini secara rasional. Jadi, anda yang mana satu?
Bukan itu sahaja, kontroversi ini turut mendapat perhatian dari media antarabangsa seperti portal hiburan KpopStarz, AllKPop, KoreaBoo dan banyak lagi.
Wanista turut berminat untuk highlight pendapat saksi kejadian yang hadir ke konsert tersebut. Menurut mereka, kumpulan B1A4 sudah bertanyakan kepada gadis-gadis tersebut sama ada mereka selesa atau tidak dengan aktiviti yang bakal dilakukan. Namun, kesemuanya seperti memberi ‘restu’ dan ingin turut serta.
Sementara itu, JAWI memberi tempoh seminggu kepada gadis-gadis terbabit untuk memberi keterangan di pejabat mereka. Jika gagal, waran tangkap akan dikeluarkan.
Sumber dari says.my