Selalunya bila tiba tahun baru, salah satu azam orang ramai adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan seperti biasa pusat gimnasium akan penuh dengan kehadiran warga kota. Lebih-lebih lagi, selepas waktu bekerja dipenuhi dengan orang ramai yang ingin work out malah mengikuti kelas latihan yang disediakan.
Jadi, melalui Melodi, penulis mengetahui pelakon penuh kontroversi Shahnaaz Ahmad baru sahaja buka pusat gimnasium yang diberi nama ‘Shahnaaz Ahmad Fitness Center’.
Pusat gimnasium milik pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini terletak di Segambut Bahagia, beroperasi dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam, jadi anda mempunyai pilihan sama ada waktu pagi ataupun malam, mengikut kesesuaian waktu. Apa yang menarik lagi, gimnasium ini juga menyediakan kelas Zumba khas untuk anda yang meminati tarian Zumba. Jika, anda ingin mengisi perut, di sini juga terdapat kafe kecil yang menjual makanan ringan.
Berminat? Anda boleh lihat antara kelengkapan gimnasium Shahnaaz Ahmad
Walaubagaimanapun, pada sesiapa yang datang berkunjung ke sini, anda harus mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
Alamat penuh : Sharnaaz Ahmad Fitness Center B-2-2 & F-2-2, M Avenue, No.1, Jalan 1/38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur.
Tel No : 03 6242 9858, Waktu Operasi 10am-12tgh malam.
Nak tahu lebih lanjut, boleh ke IG sharnaazahmadfitnesscenter