Kini, ribuan penduduk Semenanjung Gaza berdepan ancaman sejuk melampau dengan suhu enam darjah celsius termasuk bencana banjir. Pelajar jurusan Syariah, Universiti Islam Gaza Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, keadaan itu memaksa penduduk Gaza mencari tempat perlindungan biarpun dalam keadaan serba kekurangan.
“Keadaan di sini (Semenanjung Gaza) memang luar biasa berbanding tahun sebelumnya. Ribuan rakyat Gaza terpaksa mencari tempat berteduh dan mereka juga terdedah dengan cuaca sejuk melampau. Berdasarkan tinjauan saya, rata-rata penduduk tidak mempunyai kelengkapan seperti tempat berlindung, tiada pemanas dan tiada selimut tebal” katanya.
Menurut Muhammad Nadir, ada penduduk yang menggigil kesejukan berikutan ketiadaan kelengkapan untuk menghadapi keadaan cuaca seperti itu. Katanya, ada kawasan yang terputus bekalan elektrik dan keadaan itu dilihat menyukarkan penduduk.
Harian Metro & Facebook Aman Palestin