Satu Malaysia malam tadi dikejutkan dengan tindakan pelakon Hairul Azreen yang secara berani melamar kekasihnya, Hanis Zalikha ketika berlangsung konsert pentas akhir Gegar Vaganza yang disiarkan secara langsung di saluran Astro.
Gimik tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya menganggap tindakan Hairul Azreen sebagai seorang yang cukup gentleman kerana berani meluahkan rasa hati beliau di hadapan khalayak ramai.
“Saya memang bercadang lamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meski pun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka”
“Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik,” jelas Hairul Azreen.
Bercakap kepada media selepas selesai majlis, Hairul Azreen turut menambah yang perbincangan secara serius akan dilakukan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan sekiranyan boleh, beliau mahu berkahwin pada tahun 2015 ini juga. – ROTIKAYA
Wah! Tahniah Wanista ucapkan kepada Keknis dan Hairul!
Jom tengok video Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha secara live di konsert akhir Gegar Vaganza!