Perayaan Krimas?
Bagi di Malaysia, semua bangsa akan sama-sama meraikan perayaan tersebut — gembira melihat kemeriahan dan keindahan hiasan pokok krismas, sama-sama merasai keseronokan perayaan Krismas. Sama juga seperti di Jepun, Krismas dirayakan dengan meriah walaupun agama Kristian masih lagi merupakan agama minoriti di sana.
Namun, sebaliknya terjadi di China apabila adanya demo anti-perayaan Krismas yang dianjurkan beberapa golongan pelajar di Changsha, China. Demo berkenaan dilakukan bagi membantah “budaya barat yang mengancam budaya tradisional China”. Bagi mereka, budaya Krismas harus diharamkan kerana ianya semakin popular dalam kalangan generasi muda. Golongan pelajar ini dikatakan ingin pertahankan budaya asli mereka daripada dijajah budaya luar.
Sumber: Blog Serius