Jackson, yang juga duta muhibbah Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) semalam mengadakan lawatan ke Palestin bersama suaminya, Wissam al – Mana.
Malah, beliau sendiri memuat naik gambarnya di laman mikro Twitternya bersama beberapa pelajar Palestin.
Tweet beliau: “Aman. Sekolah Menengah Yatta, Tebing Barat bersama @UNICEF. “Pelajar Palestin yang cantik.”
Dalam pada itu, beliau kemudiannya turut memuatnaik gambar suaminya di papan tanda keamanan yang diletakkan di sepanjang jalan menuju ke asrama kanak-kanak lelaki Palestin.
Tulisnya di Twitter: “Aman. Sekumpulan kanak-kanak lelaki Palestin dari keluarga pengembala di Bi’r al ‘Id, Bukit Hebron Selatan bersama @UNICEF.”
Sebelum menyeberangi ke Palestin, Jackson turut melawat Kem Zaatari di Jordan pada 17 Disember lalu yang menempatkan beribu-ribu pelarian Syria yang terpaksa berhadapan dengan konflik yang melanda.
Sinar Harian