Nak menang iPhone 6, minyak wangi? Join pertandingan ini. Pelakon Zizie Ezette bermurah hati menawarkan hadiah untuk pengikutnya di laman bergambar popular berkenaan. Malah Zizie sudah menawarkan hadiah istimewa berupa telefon pintar iPhone 6 dan minyak wangi kepada pengikutnya.
Difahamkan, kakak kepada Shaheizy Sam ini telah membuka akaun baru di laman Instagram di bawah nama @zizieizette. Apa yang menariknya, akaun baru yang dibuka sejak seminggu lalu mempunyai matlamat murni daripada isteri ahli politik bernama Bung Mokhtar itu. Zizie mewujudkan akaun berkenaan bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-36 pada 30 Disember ini.
“Daripada menerima hadiah pada hari lahir, tak salah jika kita mengubah tradisi itu dengan memberi kepada pengikut saya di laman itu. Selama ini pun keluarga dan kawan saya pun selalu sama-sama merasa rezeki daripada saya.
“Kali ini giliran pengikut di laman Instagram pula. Tapi sebelum mereka menerima hadiah itu, saya akan wujudkan pertandingan. Nak menang hadiah kenalah jawab soalan atau berfikir dulu. Baru menarik. Saya percaya, kalau kita nak murah rezeki kita kena selalu memberi,” katanya.
Berita Harian & Mynewshub