TGI Fridays baru-baru ini telah mengeluarkan 2 hidangan rusuk baru mereka. Tersedia untuk masa yang terhad sahaja, handcrafted Beef Bacon Crusted Ribs dan Texas Spiced Ribs bakal memberikan kepuasan kepada penggemar daging dan tulang rusuk. Gabungan mantap rasa dan tekstur tulang rusuk yang segar dan inovatif ini mampu memberikan kepuasan tidak terhingga kepada semua.
Untuk masa yang terhad, Fridays’ premium rib extravaganza menawarkan dua hidangan lazat, setiap hidangan dihidangkan bersama kentang goreng rangup dan coleslaw. Pada harga RM59.90 ++, terdapat tiga jenis tulang rusuk untuk dipilih – succulent beef ribs, tender short ribs dan luscious lamb ribs, Fridays bersedia untuk memenuhi citarasa semua orang.
Beef Bacon Crusted Ribs – Satu tulang rusuk panjang yang dimasak dengan sempurna, dilapisi dengan sos BBQ masam, dan lapisan atasnya diletakkan daging lembu rangup (crispy beef bacon) yang dipotong kecil. Penulis sendiri menggemari hidangan ini kerana ia sangat menepati citarasa penulis dengan rasa perapan daging tulang rusuk yang enak, dagingnya yang juicy dan lembut dan kombinasi daging lembu rangup diatas tulang rusuk menambahkan keenakan hidangan ini.
Texas Spiced Ribs – Satu tulang rusuk panjang yang dimasak sehingga juicy dan lembut. Tulang rusuk ini menjadi lebih lazat kerana ia dipanggang menggunakan api dan keraknya adalah campuran rasa enak daripada herba dan rempah-ratus Texas yang pelbagai.
Selain itu, untuk pencuci mulut, seperti semua sedia maklum, Brownie Obsession menjadi pilihan utama pelanggan TGI Fridays. Ia merupakan brownie yang dilapisi sos chocolate-fudge bersama asikrim vanilla, sos karamel dan kacang pecan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fridays.com.my.