Agaknya apa lagi tempat menarik untuk kanak-kanak di Malaysia ini? Wanista senaraikan 10 tempat menarik untuk kanak-kanak yang unik dan lain dari yang lain malah sesuai seisi keluarga.
1. Breakout Malaysia – Real Escape Game – Avenue K
Bukan anda saja baru dengar, penulis pun baru dengar akan tempat ini. Terletak di Avenue K, Breakout ialah satu tempat yang membolehkan anak anda bermain dengan permainan Escape Games. Ia merupakan permainan menguji minda yang meminta anak anda mencari jawapan kepada soalan yang diberikan. Kreatif bukan?
2. Camp5 Indoor Climbing Gym – One Utama
Sukakan aktiviti rock climcing? Kini, anda boleh lakukan aktiviti indoor rock climbing bersama anak anda di One Utama. Tak perlu berpanas dan berjemur bawah matahari pun.
3. Discoveria – Avenue K
Menariknya Discoveria ialah sebuah taman tema dalaman dinosaur dan ianya dibuat dalam bentuk interaktif. Jadi, dinosaur di depan mata anda memang nampak real.
4. Aviax – Aviation Experience Flight Simulator – TTDI
Yang ini menarik kerana anak anda berpeluang merasai pengalaman mengendalikan pesawat Boeing dan Airbus. Sepanjang pengendalian akan dibantu oleh instructor jadi secara tak langsung memupuk minat anak anda.
5. KidZania Kuala Lumpur – Curve, Mutiara Damansara
Rasanya tak semua orang tahu akan Kidzania melainkan anda tinggal area Lembah Klang jadi biasa untuk anda. KidZania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat pendidikan dan hiburan interaktif di mana kanak-kanak boleh mengalami dunia dewasa dalam replika bandar yang sebenar.
6. Aquaria KLCC -KLCC
Aquaria KLCC telah dinobatkan sebagai akuarium keempat terbaik di Asia oleh laman web travel terbesar di dunia, Trip Advisor. Aquaria KLCC dikatakan tempat yang wajib dikunjungi di Kuala Lumpur. Jadi, bawa anak-anak anda melawat ke Aquaria dan pelajari ilmu baru di sana.
7. LEGOLAND Malaysia – Johor
Dari namanya saja sudah terbayang kalau Legoland merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan permainan lego. Legoland yang berada di Malaysia ini merupakan tempat rekreasi Lego terbesar di Asia.
8. Angry Birds Activity Park Johor Bahru – Komtar Johor Bahru
Kini sudah ada taman tema baharu di Johor selepas Legoland. Pastinya ramai peminat permainan Angry Bird sudah tidak sabar lagi kerana Taman Tema Angry Birds bakal di buka di Komtar Johor Bahru City Plaza (Komtar JBCC),tingkat tiga dan kawasannya sangat luas seluas 26,000 kaki persegi.
9. Darc Denai Alam – Shah Alam
Inginkan aktiviti lasak? Bagaimana dengan aktiviti memanah ataupun menunggang kuda. Ektrem bukan? Anda boleh DARC, Shah Alam – bukan setakat rasai pengalaman menunggang kuda, ibu bapa boleh masukkan anak untuk enroll kelas menunggang kuda.
10. i-City, City of Digital Lights – Shah Alam
Selain tarikan WaterWorld@i-City, Red Carpet, i-City dengan bangganya memperkenalkan lima tarikan edutainment terbarunya untuk keluarga terutamanya kanak-kanak.