Kekejaman ISIS dapat dilihat apabila mereka membunuh penganut Syiah dan Kristian, termasuklah kanak-kanak yang tidak bersalah dengan cara yang amat kejam seperti disalibkan, dipenggal kepala, dibakar dan ditanama hidup-hidup.
Berita terkini berkaitan ISIS – Seorang lelaki berasal dari Tumpat, Kelantan dikenal pasti sebagai pengebom berani mati Malaysia kedua yang terlibat dalam pergolakan di Syria. Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, dipercayai memandu sebuah trak sarat dengan bom ke dalam kawasan tentera di Homs dan membunuh kira-kira 50 askar setia dengan Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Sumber mendedahkan Ahmad Affendi yang masih bujang itu pergi ke Syria pada 23 April untuk menyertai Kumpulan Militan ISIS. Dipercayai Ahmad Affendi, juga dikenali sebagai Abu Zakaria, hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kematiannya didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Counterterrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asst Komisioner Datuk Ayub Khan.
“Berdasarkan pengumpulan risikan, kami mengesahkan dia meninggal dunia dalam serangan itu. Kami percaya dia melakukan serangan tersebut sama ada pada 8 November atau 9 November,” katanya.