Apa istimewanya kanak-kanak perempuan 5 tahun ini sehingga berjaya mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram? Kenali Breanna Youn, merupakan kanak-kanak 5 tahun, berdarah campuran, bapa Korea Selatan manakala ibunya Filipina. Kini mempunyai lebih daripada 1.2 juta pengikut di Instagram.
Selepas ibu Breanna meletakkan gambar comel anaknya di Facebook, gambarnya telah menjadi viral dan sejak itu ibunya membuat akaun Instagram khas untuk peminat yang ingin mengikuti kehidupan harian Breanna. Setakat ini, Breanna mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram, beratus ribu di Facebook, Vine dan Youtube malah fandom Breanna terus berkembang.
Menurut ibu Breanna, jika Breanna tidak berkongsi video atau gambar baru, dia akan menerima beribu-ribu emel dari seluruh dunia bertanyakan perihal kanak-kanak comel itu. Wowww, berpengaruh kanak-kanak ini. Breanna kini boleh bercakap dalam bahasa Korea, Tagalog dan juga English. No wonder ramai follower! ( officialbreannayoun – Instagram )
Boleh dikatakan para peminat Breanna serata dunia cukup meminati dan mengangagumi keletah Breanna malah ada yang lebih menyukai Breanna daripada anak mereka sendiri. Setiap hari ada sahaja hadiah istimewa untuk kanak-kanak comel ini, termasuklah barangan berjenama seperti tas tangan Louis Vuitton, barangan kemas Tiffany & Co dan bermacam lagi.
Ibu Breanna berkata, dia tidak memahami kenapa orang menyukai anaknya. Manakala, bapanya menolak dakwaan mereka keluarga yang inginkan kemasyuran, padanya semua adalah rezeki cuma dia bimbang tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang apabila mereka membesar.