Perhatian kepada semua penggemar Nasi Lemak! Kini, semua boleh menikmati MyNasi, satu konsep makanan segera baru yang baru sahaja menjejakkan kaki di Mid Valley. MyNasi adalah satu lagi konsep masakan oleh Paradise Group Malaysia yang menawarkan pilihan harga berpatutan dengan pilihan masakan tempatan sedia berkhidmat kepada rakyat Malaysia.
Terletak di tingkat bawah daripada Mid Valley Megamall, MyNasi mengetengahkan konsep makanan segera yang menawarkan aneka pilihan makanan Malaysia tertumpu kepada nasi lemak. Dengan keluasan 1,400 kaki persegi, MyNasi menawarkan konsep kesederhanaan yang mempunyai elemen batik bercetak dan dinding panel kayu sekaligus memberi sentuhan budaya Malaysia.
MyNasi menyediakan pilihan makanan seperti Nasi Lemak, Tauhu Telur Goreng, My Laksa, Mee Rebus, Mee Siam, otak-otak, Lontong, Shin Noodle, Nissin Noodle, Mee Hoon Goreng dan pelbagai lagi.
Nasi Lemak Chicken Thigh (Paha Ayam) – Menariknya ialah paha ayam ini diperap dengan bahan-bahan instimewa dan dimasak sempurna sehingga keemasan dan rangup. Saiz yang besar, rangup diluar sehingga mengeluarkan bunyi ‘kruk kruk’ dan juicy di dalam. Ayam goreng di sini memang terbaik!
Laksa, rasa lebih kurang seperti laksa Nyonya, dibuat oleh chef terbaik dari Melaka. Boleh dikatakan ianya merupakan laksa grade hotel. Otak-otak pula istimewa dibawa dari Muar, Johor. Tuahu Telur Goreng merupakan makanan wajib cuba kerana ianya sangat sedap.
MyNasi dibuka bermula jam 8 pagi hingga 10 malam (waktu sama seperti Mall). Harga dari RM6.90 -RM9.90.
Jadi, sila berkunjung ke MyNasi yang terletak di LG-074A, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paradisefnb.com.my dan facebook / paradisegroupmalaysia.