Anda peminat minuman coca cola? Apa akibatnya jika anda minum coca cola setiap hari? Seorang lelaki, George Prior, 50 tahun bersetuju dengan eksperimen yang memerlukan dia minum 10 tin coca cola sehari selama 30 hari (dalam sebulan).
George berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat menambah lagi 900 kalori dan 250 gram gula ke dalam diet hariannya. Ini menjadikan, dalam tempoh 30 hari, beliau mengambil tambahan 27,000 kalori dan 7.5 kilogram gula. Hasilnya, berat beliau bertambah dan perut menjadi buncit.
Tekanan darah beliau juga meningkat daripada 129/77 pada permulaan kepada 145/96 di penghujung eksperimen. Di penghujungnya, bapa kepada dua anak itu mengakui beliau sudah mula ada ketagihan (namun tidak terlalu kuat) terhadap Coca-Cola.
“Saya akan memilih untuk tidak berbuat begini lagi, saya tidak suka berat seperti ini. Saya rasa ramai yang menderita masalah kesihatan seperti kencing manis dan masalah jantung tidak menyedari mereka boleh membantu diri sendiri dengan berhenti mengambil gula,” katanya.
George menegaskan, beliau bersetuju melakukan eksperimen tersebut demi sains.
Sumber : mynewshub & dailymail UK