Baru 24 tahun, Mohd Nor Saiful telah dilantik sebagai Ketua Kampung Pasir Puteh, Ipoh Perak. Mohd Nor Saiful mungkin boleh dimasukkan dalam catatan Malaysia Book of Record kerana menjadi ketua Kampung paling muda di Malaysia.
Paling menarik, di sebalik pelantikannya sebagai Ketua Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak pada usia 24 tahun, dia diterima dengan senang hati oleh semua penduduk kampung tersebut termasuklah orang-orang tua di situ. Tiada perebutan jawatan malah pemilihan Nor Saiful bagi menggantikan penyandangnya yang telah meninggal dunia, Izatzi Osman berlaku dalam suasana cukup aman dan damai.
“Saya berasa amat terharu apabila dilantik menjadi Ketua Kampung kerana tidak terfikir akan menyandang jawatan tersebut walaupun selama ini sejak empat tahun lalu saya memegang jawatan Setiausaha Jawatan Kuasa Kerja Kampung (JKKK).
“Pelantikan saya sekaligus boleh menjadi contoh kepada semua pemimpin agar sentiasa berfikiran terbuka untuk melantik orang muda menjadi pemimpin menggantikan ketua yang telah veteran.
“Sebenarnya ramai anak muda yang layak dinobatkan sebagai pemimpin walaupun di peringkat kampung namun peluang ke arah itu sukar direalisasikan,” katanya.