Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) – syarikat Malaysia yang dikenali atas kejayaannya baru-baru ini melancarkan kempen sambutannya – Raikan No.1 Mamee yang bermula pada 15 November 2014 dan berlangsung sehingga 22 Februari 2015. Sempena kempen tersebut, Mamee menawarkan iPhone 6 dan pelbagai hadiah menarik setiap hari selama 100 hari menerusi peraduan Raikan No.1 Mamee.
Menangi hadiah hebat
Kempen Raikan No.1 Mamee akan memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi Iphone 6 dan pelbagai hadiah menarik setiap hari selama 100 hari yang berlangsung dari 15 November 2014 hingga 22 Februari 2015. Sebuah iPhone 6, RedMi 1S dan 10 unit Mi Powerbank akan diberikan pada setiap hari.
Untuk mengambil bahagian, pengguna hanya perlu membeli rangkaian produk No.1 Mamee tertentu, daftarkan kod peraduan yang terdapat di bungkusan produk dan jawab soalan menerusi SMS atau aplikasi peraduan di laman Facebook produk-produk terbabit (Mister Potato, Mamee Monster dan Mamee Chef). Pemenang akan diumumkan di laman Facebook terbabit pada setiap hari. Pengumuman akan dibuat pada pukul 10.00 malam setiap hari untuk penyertaan hari sebelumnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook: